JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penggal persekolahan bagi sesi tahun depan akan bermula pada 20 Januari 2021 dan tamat pada 9 Disember 2021 bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A.

Manakala sekolah dalam negeri Kumpulan B pula bermula pada 20 Januari dan tamat 10 Disember 2021.

Kementerian Pendidikan telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2021 melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Keamatan, Hari Gawai Dayak, Deepavali dan Hari Krismas.

Menurutnya, semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali.

Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti. – MalaysiaGazette