Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Ringgit terus meningkat untuk hari ketiga berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen yang baik dalam pasaran tempatan dan serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1780/1830 daripada 4.1800/1850 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes, berkata ringgit mendapat manfaat berikutan sentimen risiko global yang masih kekal.

Selain itu, katanya dengan hasil Amerika Syarikat yang merosot lagi, Sekuriti Kerajaan Malaysia dijangka mendapat permintaan berikutan sasaran kepada pulangan sebenar berterusan.

“Turut menyokong perkara itu ialah inflasi yang rendah memberi ruang kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan kadar faedah sekali lagi tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama.

Innes juga berkata, walaupun harga minyak mentah diniagakan daripada paras tertinggi antara minggu, pasaran amat stabil yang menyokong unit tempatan.

Pada masa ini, minyak mentah Brent terus diniagakan melebihi AS$45 setong, walaupun susut 0.57 peratus kepada AS$45.20 setong.

Pada pembukaan, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0626/0674 daripada 3.0625/0666 pada Selasa dan susut berbanding yen kepada 3.9734/9789 daripada 3.9576/9627.

Ringgit merosot berbanding pound kepada 5.5404/5487 daripada 5.5051/5133 dan rendah berbanding euro kepada 4.9927/5.0004 daripada 4.9746/9818 sebelum ini.

-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast