Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Selepas hampir seminggu mengumumkan penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menerbitkan sebuah klip yang menunjukkan parti baharu itu telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

http://https://twitter.com/i/status/1295990187374174210

Klip berdurasi 55 saat itu turut memaparkan tema parti berkenaan iaitu Pejuang Berprinsip.

Klip tanpa suara itu juga memaparkan Dr. Mahathir membuat coretan ringkas “Bismillahirahmanirahim..Pejuangan Masih Belum Selesai” di atas sebuah dokumen sebelum menutup fail merah berkenaan.

Video klip tersebut telah dikongsikan negarawan itu di platform media sosial rasmi beliau.

Rabu lepas, semasa menyampaikan watikah kepada calon bebas pilihan raya kecil Slim di Perak, Ahli Parlimen Langkawi itu mengumumkan penubuhan parti terbaharunya yang digelar sebagai Pejuang.

Tegasnya, Pejuang mestilah bersih dan tidak menjadi parti kudapan.

Beliau turut mengalu-alukan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang telah meninggalkan parti berkenaan untuk menyertai Pejuang. – MalaysiaGazette