Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 18 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif baharu Covid-19 menurun kepada lima kes sahaja hari ini berbanding 16 kes semalam.

Kelima-lima kes baharu itu adalah kes import. Tiada penularan tempatan dikesan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, seramai tujuh pesakit telah dibenarkan keluar hari ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 adalah 183 kes.

Kesemuanya telah diasingkan dan diberi rawatan.

Seramai tujuh pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian direkodkan pada hari ini menjadikan angka korban kekal 125.

Dengan itu, setakat jam 12 tengahari tadi, kes kumulatif Covid-19 di Malaysia adalah 9240 kes manakala jumlah kumulatif discaj adalah 8932 atau kira-kira 96.7 peratus.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast