Ceppelitti disahkan positif Covid-19

MILAN – Seramai empat lagi pemain Serie A Itali dikesan positif jangkitan Covid-19.

Pada Rabu, kelab Cagliari berkata, setakat ini kapten pasukannya Luvca Ceppitelli, 31, perancang tengah Filip Bradaric, 28, dan penyerang Alberto Cerri, 24 disahkan positif pandemik itu.

Manakala dua lagi pemain kelab itu turut kuarantin diri di rumah mereka sebagai individu bawah pemantauan.

Penjaga gol Roma Antonio Mirante, 37, juga disahkan dalam media sosial bahawa dia disahkan positif.

Cagliari yang sepatutnya memulakan sesi latihannya pada Khamis telah ditangguhkan akibat kes Covid-19.

“Tiga pemain kuarantin diri di rumah. Dalam perjanjian dengan pihak lembaga kesihatan mengenai protokol dan prosedur operasi standard (SOP), langkah kuarantin dan pemantauan aktif diarahkan untuk kedua-dua pemain itu yang disahkan positif,” kata kenyataan rasmi kelab itu.

Sementara Mirante pula menegaskan dia tidak bersimptom dan sihat.

“Saya telah diasingkan dan harap kembali sihat segera untuk memulakan sesi latihan sebelum Serie A 2020/21 akan bermula 19 September ini,” ujarnya.-MalaysiaGazette