ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

KUALA LUMPUR- Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis berdekatan Jalan Universiti, Petaling Jaya tengah malam tadi kerana disyaki merogol adik kandungnya yang berusia 15 tahun.

Menurut Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, saspek ditahan reman  tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebat.

Katanya, kira-kira 9.35 malam pada Rabu lalu, pihak polis telah menerima satu laporan yang mengatakan mangsa telah dirogol oleh abang kandungnya pada 26 Julai kira-kira jam 10 malam di kediaman mereka di Petaling Jaya.

Terdahulu, mangsa telah diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Masyarakat kira-kira jam 7.30 petang selepas menerima aduan daripada guru kaunseling pelajar tingkatan tiga itu dan terus di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya mendapati terdapat kesan koyakan lama pada alat sulit mangsa.

Mangsa yang merupakan anak kedua daripada lima adik beradik kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama seorang lagi adik perempuannya sementara siasatan polis selesai.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.