Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Bukan hanya rakyat Sabah tetapi rakyat seluruh negara jijik dengan usaha menjatuhkan kerajaan Sabah di bawah teraju Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kejijikan itu dapat dilihat dalam usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa cuba membeli Ahli Dewan Undangan Negeri dengan sejumlah wang sehingga RM32 juta dan tawaran jawatan Kabinet negeri.

“Hingga kini, Perdana Menteri Tan Sri Muhydin Yassin belum menjelaskan mengapa dia menghantar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan setiausaha politiknya untuk menemui Gabenor Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan meminta agar Shafie Apdal diganti dengan Musa Aman?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, Sabah adalah negeri pertama yang PN gagal merancang perubahan pemerintahan dengan membeli ahli politik katak.

“Ini adalah peluang yang baik untuk masa depan sebuah negeri ditentukan oleh kuasa rakyat dan bukannya politik wang,” ujarnya.

Justeru DAP akan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum Sabah yang akan datang sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai kepada Warisan dan akan menunggu cadangan DAP Sabah serta pandangan daripada Mohd Shafie.

Dalam pada itu, katanya, DAP akan memanggil mesyuarat CEC pada hari Isnin untuk membincangkan pilihan raya umum Sabah berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pagi ini yang menolak permohonan yang diketuai oleh bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman untuk tidak membenarkan pembubaran dewan undangan negeri Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 September untuk penamaan calon dan 26 September untuk pengundian.

Guan Eng juga menganggap Mohd Shafie telah membuat keputusan yang berani dan tepat untuk membubarkan DUN Sabah untuk menghentikan “ahli politik katak” daripada dibeli untuk membentuk kerajaan baharu.

“Kembali kepada rakyat untuk membolehkan mereka memilih kerajaan mana yang mereka mahukan, adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengalahkan politik wang yang menyebabkan krisis politik,” katanya.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. haaa woi Guan Eng…rakyat lagi jijik tgk Shafie Afdal jatuhkan kerajaan Musa Aman yg dipilih rakyat dlm PRU dgn membeli katak2 & tawarkan jawatan TKM…woi! Guan Eng..rakyat lg jijik tgk ko gunakan Tommy Thomas utk gugurkan kes rasuah ko..Woi Guan Eng…rakyat lagi jijik dgn rasuah terowong ko musibat!

  2. Sembang kencang la gone eng lu pn sama jgk. ibarat ayam jantan yang berkokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi!

  3. Guan Eng bercakap je rakyat berasa jijik, Guan Eng keluar muka je rakyat rasa jijik.
    Apek jilake ni dia fikir celah kangkang bini Hatok Der kot tu pasal dia fitnah Musa Aman yang jatuhkan kerajaan Sabah. Sundal manalah lahirkan hanat ni, terang-terang Shafie Aphdal yang bubarkan DUN dia boleh fitnah katakan Musa Aman yang buat.

  4. Rakyat melayasia Dan Sabah.. lagi jijik tengok menteri RM30. Undi Musa Aman. Semoga Rakyaat Sabah aman seperti dulu. Shafiee afdal Sudah tidak afdal lagi sejak bersama dengan lim guan eng menteri RM30.

  5. Jangan cakap saja…buktikan dengan kekalahan parti WARISAN…sebab sy sudah jijik tgok sikap dan lagak PTI Yang jadi besar kepala sejak WARISAN menjadi kerajaan di sabah…

Comments are closed.