TERKINI : Sedia Pinda Perlembagaan Parti Untuk Bentuk “Chapter” Baharu BERSATU – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia meminda perlembagaan bagi membolehkan ahli bukan Melayu memegang jawatan dalam parti itu.

Presidennya Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi tujuan itu satu jawatankuasa akan dibentuk diketuai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Tan Sri Rais Yatim sebelum perkara itu dimuktamadkan pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata, jika cadangan itu diterima MPT, satu mesyuarat agung luar biasa akan diadakan bagi meminda perlembagaan parti.

“Dalam mesyuarat MPT PPBM lalu, saya bawa usul untuk membolehkan ahli bersekutu (bukan Melayu) menyumbang idea bukan setakat ahli biasa, tapi berperanan memberi idea dan terlibat dalam kepimpinan. Bentuk ‘chapter’ baru dalam Bersatu.