Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Politik dendam Perikatan Nasional (PN) yang membatalkan projek pembangunan di Pulau Pinang seperti pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dan Kereta Kabel Bukit Bendera akan dihukum oleh pengundi pada pilihan raya akan datang, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tegasnya, terdapat keperluan mendesak untuk membesarkan PIA yang menghadapi lebihan penumpang sebanyak 28 peratus dan merupakan projek menang-menang di antara Malaysia Airports Bhd. dan negara.

“Alasan COVID-19 yang diberikan adalah tidak masuk akal melainkan jika kerajaan PN percaya bahawa wabak global ini masih akan mempengaruhi ekonomi global pada tahun 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Guan Eng, politik dendam juga menyebabkan PN mengumumkan untuk mengkaji semula pengurangan tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan.

Potongan tol sebanyak 18 peratus itu, katanya, telah memberi banyak faedah kepada penduduk Pulau Pinang.

“Manfaat potongan tol sebanyak 18 peratus ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kerajaan PH.

“Namun dalam usaha balas dendam politik, PN dan Kementerian Pengangkutan mahu menarik semula semua perkara baik yang dilakukan oleh PH untuk rakyat Pulau Pinang dan Malaysia.

“Pengundi Pulau Pinang tidak akan mudah melupakan dan memaafkan PN dan penyokongnya dalam pilihan raya akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Ko tak pyh nk myalak lh dap..rakyat akn hukum ko dlm pru 15 nnti..akn hncurkan dap pulau pinang smpai hncur..smpai h8lang pentadbiran dap di pulau pinang..kita kembalikn pentadbiran melayu di pinang..bg cina kat pinang, org mlyu hncur..

  2. Pulau Pinang terkenal dgn projek kedua dap gelaran projek tanjung dua dan ibarat kata hong kong Malaysia. Projek ini dirintis oleh PH. Untuk siapa, kesenangan kepada siapa. Disinilah nak dijadikan seolah2 trannsit pertama dari negara Cina ke Malaysia berulang alik macam pergi ke bilik air sampai bebas keluar masuk tanpa bisa dan masuk ada rekod tetapi keluar tidak ada. Lamalama penuh berjembik macam ulat tahi. Fikir2lah apa akan jadi kat negara kita Malaysia ni. Yang datang dari banyaknya lebih satu beliun penduduk dua benua itu.

  3. kah kah kah…bodoh puya Guan Eng…projek LTPP ditangguhkan bukan dibatalkan, lebuh raya plak ko turunkan tp dlm masa yg sama ko panjangkan tempoh konsesi..tak payab nak temberang laaa..ko jd kerajaan, tol jambatan PulaunPinang yg ko janji nak hapuskan pun ko tak buat sial. Last sekali, projek kabel Bukit Bendera tu ko buat sama mcm kes ko buat highway dari Gurney ke airport. Ko bg tanah kat swasta di Gurney lepas tu ko buat jalanraya pakai duotvrakyat..syarikat swasta kat Gurney dpt untung besar. Samalah lepas ko swastakan Bkt Bendera kpd syarikat swasta The Habitat, tp duit rakyat plak kena guna buat kabel car..tak musibat tu? rakyat kena bayar buat cabel car..lepas ti rakyat kena bayar nak naik cabel car..yg The Habitat tu ambik untung besar? Musibat betul Guan Eng ni

  4. Siapakah yg balas dendam…!??? Bukan kah pH ke yg ajarkan.. Lihat saja mcm mana mereka melayan DSNAB selepas capai kemenangan,, bukannya satu rahsia lagi,, bukannya politik balas dendam kesumat tapi nampak sangat terlalu melampau dan terbuka sekali serta anti melayu..!!

Comments are closed.