SHANGHAI – China melaporkan 15 kes jangkitan baharu Covid-19 pada 25 Ogos berbanding 14 kes sehari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Pihak berkuasa kesihatannya memaklumkan semua kes baharu itu adalah kes import – hari ke-10 berturut-turut tanpa jangkitan tempatan.

Jumlah kes jangkitan keseluruhannya adalah 84,996 dengan angka kematian kekal 4,634.

Sebanyak 14 kes bergejala dilaporkan, susut daripada 16 kes sehari sebelumnya.

China tidak mengesahkan kes bergejala sebagai jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast