Harry Maguire.

LONDON – Kapten Manchester United, Harry Maguire didapati bersalah atas kesalahan melakukan serangan yang serius ke atas pegawai berkuasa, menentang penangkapan, dan percubaan menawarkan rasuah pegawai berkenaan berulang kali.

Sky Sport melaporkan, bek tengah itu akan berdepan hukuman penjara 21 bulan dan 10 hari.

Maguire dalam satu kenyataan berkata, dia akan memfailkan rayuan.

“Susulan dari keputusan kes perbicaraan, saya telah mengarahkan pasukan pembelaan saya untuk segera memberitahu pengadilan yang akan kami akan membuat rayuan.

“Saya tetap kuat dan yakin mengenai ketidak bersalah kami dalam perkara ini, kerana keluarga dan rakan-rakan saya menjadi mangsa keadaan,” katanya dalam kenyataan.

Maguire mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan salah laku yang dibuat terhadapnya.

“Harus diingat bahawa pihak pendakwaan mengesahkan tuduhan tersebut dan memberikan bukti mereka pada hari sebelum perbicaraan, memberikan waktu yang minimum kepada skuad pembelaan untuk mempersiapkannya.

“Permintaan untuk menangguhkan perbicaraan juga kemudian ditolak. Atas dasar ini, bersama dengan sejumlah besar bukti yang membantah tuduhan itu, pasukan pembelaan Harry Maguire sekarang akan mengajukan rayuan atas keputusan tersebut, untuk memungkinkan perbicaraan yang penuh dan adil di kemudian hari,” kata kenyataan itu.

United juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi apabila kelab itu mengambil maklum tentang keputusan Mahkamah Greece hari ini. – MalaysiaGazette