Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata beliau mengakui dirinya silap mempercayai individu yang berpaling tadah kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau mempercayai sepenuhnya kepada permohonan seseorang menteri semasa pemerintahan PH, namun tidak percaya bahawa ada peruntukan yang digunakan untuk membeli buku sebagai contoh.

“Kamu yang luluskan? Tidak (luluskan rundingan terus RM22,000 untuk beli buku) bila Menteri memohon Kementerian Kewangan untuk peruntukan walaupun untuk proses renovasi pejabat beliau. Kita akan percaya kepada menteri berkenaan.

“Pada masa itu, kita (PH) percaya kepada beliau. Saya buat kesilapan dan mempercayai orang yang salah,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam dalam senarai yang didedahkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memperlihatkan sejumlah RM22,000 diberikan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi pemberian tender rundingan terus untuk membeli buku.

Kontrak untuk buku A Better World Volume 5: Actions and Commitments to the Sustainable Development Goals adalah antara 101 kontrak kerajaan yang diberikan tanpa tender terbuka oleh pentadbiran Pakatan Harapan.

Ia muncul sebagai item ke-95 dalam senarai kontrak pemberian langsung yang dinyatakan Tengku Zafrul, semalam.

Malah sejumlah RM90,000 turut diperuntukkan untuk membuat pengubahsuaian pejabat kementerian itu.

Kementerian itu diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika pemerintahan PH. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Nak jadi menteri keewangan mesti mau pandai. Jgn pandai kira komisen saja maa..nanti lu masuk longkang lah apek ..mau jaga lo..

  2. Lu memang pandai cari alasanlah apek,tapi siapa mau percaya lu lagi. Lu punya lobang sudah pecah, jgn asyik salahkan org saja mcm lu punya atok sifu kutty tu. Nanti org mangkin benci sama lu. Dlm mahkamah nanti lu fight laa..be a real man,apek. Berani buat berani tanggung mcm bossku..

Comments are closed.