Thursday, March 28, 2024
Home Seni Hidup Kali ke-15 Renggaiyah datang mengundi

Kali ke-15 Renggaiyah datang mengundi

Pengundi tertua, M Renggaiyah, 96, dibantu anak angkatnya, Mohd Riduan Jalil, 57, (kiri) ke pusat mengundi ketika hadir mengundi di sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Trolak Pekan, Perak. foto MOHD ADZLAN, 29 OGOS 2020.
SLIM RIVER – Salah seorang pengundi warga di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, M. Renggaiyah mencuri tumpuan apabila hadir mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak di Trolak Pekan hari ini.
Dia yang berusia 96 tahun di pusat mengundi itu pukul 8.30 pagi menaiki kerusi roda yang ditolak anak angkatnya, Mohd Riduan Jalil, 58.
Mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), bekas pengawal keselamatan itu turut menjalani saringan suhu badan sebelum masuk ke salurannya di pusat pengundian itu.
“Saya sudah mengundi 15 kali. Mesti pergi mengundi dan tidak boleh terlepas, mengundi dulu lepas itu baru balik sambung kerja,” katanya ketika ditemui selepas ketika meninggalkan pusat mengundi hari ini.
Pengundi tertua, M Renggaiyah, 96, menunjukkan jari berdakwat kekal selepas selesai membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Trolak Pekan, Perak. foto MOHD ADZLAN, 29 OGOS 2020.
Renggaiyah yang tidak pernah gagal mengundi sejak berpindah ke Trolak sejak 60 tahun lalu turut menceritakan perasaan teruja setiap kali keluar mengundi.
Dia bangun seawal pukul 5.30 pagi, mandi dan sarapan nasi lemak bersama coklat panas hari ini sebelum ke pusat mengundi yang terletak kira-kira 200 meter dari kediamannya.
Sementara itu, proses pengundian di pusat mengundi SJKT Trolak berjalan berjalan lancar dan terkawal.
Selain kemudahan kerusi roda pihak SPR turut menyediakan buggy untuk membawa pengundi uzur dan warga emas. – MalaysiaGazete