PRK SLIM : Zahid Hamidi Ucap Tahniah kepada Zaidi!!! Pengundi BN Terubat di PRK Slim

Kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim hari ini mengubat kerinduan seluruh rakyat Malaysia terhadap parti itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan besar yang dicapai oleh BN itu juga boleh dibawa kepada penduduk di Sabah untuk melepaskan kerinduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung hujung bulan depan.

“Ini menunjukkan bahawa kerinduan pengundi-pengundi kepada BN telah terubat dan inilah yang kita akan terjemahkan nanti jika ada Pilihanraya Negeri di Sabah dan juga PRU15.

5 Komen

  1. Isu Najib yang dipenjara puluhan tahun nampaknya tidak memberi kesan kepada rakyat2 yang semakin bijak memilih PN!

    Adakah ini menandakan rakyat MUNGKIN sudah tidak lagi percaya kepada cerita tersebut?

  2. Zahid kena ucap terimakasih kepada Allah SWT, kemudian kepada pengundi2 PAS dan sekutu2 yang lainnya kerana memberi undi!

    Harap jangan terlena dan dibuai dengan kemenangan besar ini!

  3. Lesson learnt kepada kemenengan ini adalah MUAFAKAT, BERSATUPADU dan KERJASAMA erat!

    Inilah kunci untuk berjaya dalam PRU15! Teruskan ISTIQAMAH!

  4. Seperti yang didoakan oleh orang Melayu, penyatuan Umno PAS Bersatu Merah BN dapat membuktikan apa makna majority orang Melayu.
    Bila orang Melayu bersama apa pun kita boleh laksana kan. SYABAS.
    Untuk Pejuang / PETAI berhenti lah memecah belah kan perpaduan orang Melayu /Islam di Malaysia.
    Amanah pun berhenti lah dendam kesumat tuan2 dan puan2 tu.
    PKR parti berbilang kaum ikut suka hati mereka lah.

Comments are closed.