Mohd Puad Zarkashi.

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam yang memihak kepada calon Barisan Nasional (BN) memnbuktikan rakyat termasuk pengundi Cina dan India terus menolak Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng.

Di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Slim Utara, jumlah pengundi Cina lebih 60%, kali ini BN memperolehi 61.28% undi mereka.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, BN hanya dapat 17.9% undi kaum Cina di PDM ini.

Di PDM Ladang Sungkai pula, pengundi India adalah 83.56%, Barisan Nasional dapat 68.3%. Ini amat tinggi berbanding gabungan peratusan UMNO dan Pas pada PRU14 sebanyak 29.7%.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, berdasarkan keputusan ini bermakna Muafakat Nasional yang juga disokong oleh MCA dan MIC terus disokong oleh kaum lain seperti di PRK Tg. Piai.

”Apakah DAP akan tinggalkan Mahathir kerana Mahathir tidak lagi mampu jadi “penarik” lima hingga 10 peratus sokongan Melayu kepada DAP?,” soalnya.

Secara sinikal, Mohd Puad berkata: “Semoga Mahathir tidak akan berkata kepada Lim Kit Siang, “Adikku Lim, jangan tinggal daku”. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Menolak Atuk itu sangat jelas tetapi menolak yang sorang lagi tu kena berhati2 sedikit! Amalan wayang, bermuka2, membalas dendam kepada Atuk mungkin itu yang hendak diterjemahkan!!!

    Berhati2 untuk memahami dan membuat analisa, jangan terlalu asik!

  2. Boleh tulis
    Berapa umno bayar pengundi
    Berapa umno belanja nak buat ceramah
    Berapa umno bayar penyokong
    Bayar pacak bendera
    Bayar kedai makan
    Bayar homestay
    Bayar budak moto
    Bayar tukang sorak
    Bayar kereta
    Bayar khemah
    Bayar lori
    Bayar siaraya speaker

  3. Peminpin bn kena ingat, salah satu faktor kemengan kerana 1 vs 1, jika ada parti lain brtanding belum tentu bn menang. Pemimpin bn-umno jgn terlalu angkoh kritik parti lain. Kemenangan ini berkat penyatuan umat melayu.

Comments are closed.