Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Baharu, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa bercakap pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat KPKT Tahun 2020 di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 31 OGOS 2020

PUTRAJAYA – Seorang pegawai bomba sanggup berkelana sejauh 2,020 kilometer bagi mencari sumbangan menerusi kayuhan solo ‘Mencari Hati Emas’ bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020.

Mohd Fahrul Munir Mohd Isa, 38, mengambil masa selama 26 hari bermula 6 Ogos lepas untuk memulakan misinya bagi mendapatkan sumbangan amal dari 103 balai bomba di seluruh semenanjung.

Beliau ketika ditemui media pada Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini hari ini berkata, inspirasi untuk berkayuh bagi mendapatkan sumbangan itu tercetus selepas mengimbau insiden yang meragut nyawa enam anggota bomba yang terkorban ketika opearasi menyelamat di Puchong termasuk kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Katanya, sumbangan itu adalah bagi membantu keluarga anggota terrbabit yang telah kehilangan insan yang tersayang.

“Kesemua sumbangan itu saya serah kepada pengurusan tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat dan mereka akan menguruskan wang sumbangan itu,” katanya yang merupakan jurulatih di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu.

Mengulas lanjut, Mohd Fahrul memberitahu, sumbangan tersebut bukan sahaja dikutip daripada warga bomba di setiap balai yang disinggahi malah, ia turut diperoleh menerusi orang ramai dan juga wakil rakyat.

Ujarnya, beliau sangat bersyukur kerana misinya untuk mencari sumbangan itu dapat diselesaikan hari ini sempena kemerdekaan yang disambut seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu Mohd Fahrul Munir berkata, beliau merancang untuk membuat pendakian ke Gunung Everest dan juga menjelajah ke tujuh benua selain mengadakan larian amal pada masa akan datang.

Katanya, pada masa ini beliau sedang mengumpulkan dana bagi tujuan itu.

Melalui kayuhan solo yang dilakukan oleh Mohd Fahrul Munir, beliau berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM27,144. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bagus insan mulia ini! Kes Adib perlukan pembelaan segera. Kesian kepada keluarga terutama ayahanda Adib yang sudah tua, ingin sangat melihat keadilan buat anaknya.

    Bila nak mula proses komital menghina mahkamah oleh bekas Peguam Negara? Tak usahlah nak prioritize kes remeh temeh orang2 politik, ianya membuang masa!!!

  2. Abg bomba ni kayuh utk cari derma dpd balai bomba utk ahli bomba? or nak penuhi impian peribadi dia? Also…mcm mana dpt clearance bleh kayuh drpd mgmt begitu lama?…bila masa kerja kat balai? Rakyat bayar cukai utk bayar gaji mereka ni utk jaga keselamatan public. Hmmm…psl kebajikan ahli bomba…kan govt dah peruntuk allowance yg bersesuaian…macam govt staff yang lain?

Comments are closed.