'Perbalahan' Bung Moktar dan Rahman selesai demi keutuhan parti.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru pemimpin parti itu mengetepikan perbezaan pendapat.

Katanya, mereka perlu menoktahkan segala perbalahan dan bekerja kuat dan melaksanakan gerak kerja parti dengan semangat berpasukan agar Barisan Nasional (BN) menang semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau berkata, ini adalah peluang kedua diberikan kepada UMNO dan BN untuk terus memperjuangkan nasib rakyat.

Mengenai krisis antara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Rahman Dahlan, beliau berkata, itu bukan krisis tetapi sekadar ‘kocakan air dalam cawan’.

“Tidak ada krisis sebenarnya, ini hanya seperti berkocaknya air di dalam cawan. Itu hanyalah masalah adik beradik.

“Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan,” katanya selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Jentera Wanita UMNO Sabah di Kota Kinabalu malam tadi.

Ahmad Zahid berkata, apa yang berlaku kepada BN dan UMNO Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dua tahun lalu, adalah ingatan kepada pemimpin parti itu dan komponennya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast