Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Sebanyak 14 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes terkini sebanyak 9,354 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima daripada 14 merupakan kes import manakala selebihnya penularan tempatan.

“Untuk lima kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan bukan warganegara iaitu warga Ukraine, Pakistan, Indonesia dan dua dari Filipina.

“Penularan dalam negara sebanyak lima kes di kalangan warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini. 

Menurut Dr Noor Hisham,  dalam penularan tempatan terdapat pertambahan masing-masing satu kes daripada Kluster Tawar dan Telaga.

Manakala satu lagi disumbangkan daripada kluster baru di Sabah iaitu Kluster Benteng LD.

Selain satu kes kematian direkodkan, lima kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau terdahulu memaklumkan 21 kes telah pulih sepenuhnya hari ini dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 151 kes.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast