WASHINGTON – Angka kes jangkitan koronavirus di Amerika Syarikat kini melepasi enam juta kes – hampir satu per empat daripada jumlah keseluruhan dunia, menurut data Johns Hopkins University.

AS mengalami pertambahan satu juta jangkitan baharu dalam masa kurang dari sebulan.

Daripada jumlah jangkitan itu, lebih daripada 183,000 orang telah meninggal dunia.

Di United Kingdom (UK) Perancis dan Sepanyol, kadar jangkitan menurun berbanding angka hari Ahad – tetapi jumlahnya mungkin akan diselaraskan kemudian hari.

Penurunan kes itu menjelang persiapan kanak-kanak di seluruh Eropah untuk kembali ke sekolah minggu ini.

Jumlah kes yang disahkan di seluruh dunia kini telah melebihi 25 juta, dengan lebih daripada 846,000 kematian berkaitan Covid-19.

Jumlah kes yang sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi kerana banyak orang yang mengalami jangkitan tetapi tidak menunjukkan gejala belum menjalani ujian saringan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast