Prevalens A701V dalam kalangan kes gelombang ketiga ialah 86 peratus manakala D614G ialah 100 peratus.- Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengenalpasti satu lagi kluster baharu Covid-19 selepas membuat saringan terhadap 50 tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah.

Klsuter Benteng LD itu jelas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dikesan selepas tujuh daripada 43 tahanan disahkan positif.

“Kes positif Covid-19 kluster ini melibatkan enam Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan satu waganegara Malaysia. Kesemua kes positif tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu,” katanya dalam sidang media perkembangan terkini Covid-19 di sini. 

Satu daripada tujuh kes positif daripada kluster ini merupakan antara 14 jangkitan terkini yang direkodkan hari ini.

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan jangkitan, Dr Noor Hisham berkata, proses nyah kuman telah dijalankan di lokasi yang dikenal pasti.

Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan.

Beliau terdahulu berkata Kluster Benteng LD ini daripada operasi bersepadu pihak berkuasa dalam mematahkan usaha kemasukan PATI melalui jalan tikus dan sempadan  negara. – MalaysiaGazette