Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata penangkapan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan melibatkan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Azam Baki

KUALA LUMPUR – Dua perkara yang agak kritikal perlu dilihat oleh kerajaan dan masyarakat dalam usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penguatkuasaan pencegahan rasuah secara berkesan di negara ini.

Pertamanya, daripada segi kebebasan SPRM itu sendiri di mana perlu ada political will dan kedua perlu memperlihatkan suruhanjaya itu sebagai satu badan yang bebas tanpa ada ganggu gugat atau campur tangan mana-mana pihak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika menjelaskan perkara itu berkata, jika ditanya kepadanya di mana SPRM sekarang, beliau mengakui sememangnya badan itu disokong oleh kerajaan pemerintah.

“Kalau tanya saya, di mana SPRM dalam keadaan sekarang ini, memang kami disokong oleh kerajaan pemerintah untuk kita melaksanakan pencegahan rasuah secara berkesan.

“Bahkan, baru-baru ini kerajaan telah bersetuju dalam Mesyuarat Kawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk memperkasakan lagi SPRM.

“Mesyuarat itu membincangkan mengenai pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu dibuat melalui perlembagaan undang-undang, iaitu pelantikan akan datang kalau dipersetujui, memerlukan majoriti dua pertiga dari Ahli Parlimen,” katanya menerusi bual bicara Dialog@Gegau bersama Melakafm hari ini.

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan akan meletakkan mengenai pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu mengikut Perlembagaan dan sekiranya untuk ditamatkan perkhidmatan juga perlu melalui satu tribunal yang khas- bukan boleh ditamatkan begitu saja oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Seterusnya, kata Azam, mesyuarat itu juga bersetuju untuk mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang mana sekarang ini mereka di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Sebelum ini, pengambilan pegawai dan kakitangan (SPRM) melalui SPA. Jadi, dengan memberi kebebasan kepada kami untuk melantik pegawai atau kakitangan melalui suruhanjaya sendiri adalah baik dan ini akan menunjukkan ketelusan kerajaan serta kebebasan SPRM dalam melakukan tindakannya,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai terutama penjawat awam agar menolak dan membenci rasuah sebagaimana umat Islam menyatakan benci dan jijik kepada daging babi serta anjing.

“Kita perlu meningkatkan integriti yang baik dalam kehidupan seharian dan dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

“Tolaklah rasuah dan bencilah rasuah sebagaimana orang Islam mengatakan benci dan jijik kepada daging babi dan anjing.

“Begitu juga kalau kita bercakap pasal rasuah ini, kita benci kepada rasuah sebagaimana kita benci anjing dan babi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Setuju sangat ..tp jgn sembang kosong ..mana pendakwaan shafiee afdal kes kplb dulu , senyap ..kes mahadet gon end tomy salah guna kuasa senyap ..kes zahid mat arip jadi org tengah kes isa samad senyap ..

  2. Setuju…percepatkan kes bekas ahli PAS rm90juta…kes zahid hamidi dan ku nan UMNO juga. Jgn biarkan bossku kehulu ke hilir lama2..Jgn double standard…vvip dan org awam kena go through same process.

  3. Anggap rasuah macam babi.
    Bunyi macam hebat.
    Tapi yg terpalit rasuah ni lah yg diagung-agungkan..
    Cubalah pinda akta.
    Bila disabit kan ada kes rasuah…
    1. Sita aset.
    2. Lucut @ cutikan dalam apa saja jawatan.
    3. Tahan minimum 2 mggu utk siasatan & terus pendakwaan.
    4. Adakan tempoh tahanan terhad dirumah.

  4. Betul la tu, kalau gengster Melayu atau mana2 kumpulan samseng, mereka bertatoo, minum arak segala bende tapi suatu perkara yang mereka tidak lakukan adalah memakan BABI!

  5. Org Islam tak boleh makan rasuah sbb haram mcm makan babi, habis org bukan Islam takpe ke makan rasuah ??? Bodoh punya komen..

Comments are closed.