Pengasas Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sidang media Pimpinan Penaja Parti Pejuang TanahAir (PEJUANG) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 03 SEPTEMBER 2020

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad membidas pandangan seorang profesor Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa penubuhan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hanya untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Katanya, beliau tidak menghalang Mukhriz untuk terlibat dalam perjuangannya politiknya dan tidak mungkin menyekat anaknya itu untuk berbuat demikian selepas beliau meninggal dunia.

“Saya nak jelaskan, masa saya jadi perdana menteri, saya tak bagi anak saya masuk parti pun, tak boleh terlibat dengan politik, tak boleh berniaga dalam Malaysia.

“Sekarang saya tak jadi perdana menteri, saya nak kata, nak jaga nama baik saya awak janganlah masuk politik.

“Saya fikir tak adillah. Anak saya pun manusia juga, rakyat negara ini,” katanya dalam sidang media kepimpinan penaja Parti Pejuang Tanahair di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Selasa lalu, Dr R Sivaperegasam Rajanthiran semasa menjadi panelis Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN bertajuk ‘Pencapaian, Harapan dan Cabaran, di Persatuan Alumni UM menyifatkan penubuhan Pejuang untuk memudahkan laluan bekas Menteri Besar Kedah itu ke puncak karier dalam politik.

Menerusi pengamatannya, beliau mendakwa, Mahathir mahu memastikan anaknya itu menjadi presiden parti sekaligus dilantik menjadi perdana menteri.

Sementara itu Dr Mahathir berkata, beliau kini sudah mencecah usia 95 tahun dan mungkin akan pergi (meninggal dunia) pada bila-bila masa.

Katanya, jika beliau menghalang Mukhriz untuk berbuat demikian berkemungkinan hasrat untuk menyertai mana-mana parti politik tidak kesampaian menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – MalaysiaGazette

21 Komen

  1. Tak salah jika anak ko nak jadi PM…cuma persoalannya adakah anak ko tu berkelayakkan nak jadi PM…kalau atas kapasiti sebab ko bekas PM baik tak payah lah uncle M…beri peluang pd org yg lebih layak berbanding drpd anak ko.lagi pun rakyat tentu boleh memilih siapa yg sepatutnya di jadikan PM…so anak uncle bukan satu2nya pilihan yg ada utk jawatan tu…alhamdulillah klau dah tahu diri tu akan meninggal dunia pd bila2 masa..jadi bagus siap2 kan diri dgn masa yg masih ada.

  2. Tak payah berlagak suci. Anak Atok klu berlakun Boboy the movie ni pun tak pandai apatah lagi nak jadi PM. Bernasib baik lahir anak Pm je. Klu tak dah tentu jadi Securiti Guard je. Itu pun tak tau la reti buat kerja ke tak?

  3. Bila time kena batang hidung dia semua x adil, tapi bila kat orang lain hari-hari dok kutuk hina. Apa jenis manusia la atuk ni.

  4. Hai manusia bodoh.Tun M tak pernah cakap mahu anaknya jadi PM. Tun M tubuh pejuang kerana partinya(Bersatu)dirampas oengkhianat. Memang anaknya layak jadi.presiden parti yang diasas bapa.Apa salahnya? Mukhrix pun.sudah lama dalam.politik dan memegang jawatan penting. Lagipun disokong oleh pengasas pejuang yang lain。Janganlah terlalu buruk sangka fdan celupar.

  5. Boboi manja anak ku sayang..huuu..huuu..nak jadi pm kedah pun x mampu nak..nikan nak urus negara…puiii

  6. Jika mukriz berkechimpong dlm politik, tanpe pengaroh bapenya, amat diyakini dia tidak mampu mencapai kedudukan2 yg pernah didudokinya sebelom ini. Mmg TM tak nafikan pon dia sediakan political vehicle dlm bentuk tubuhnye PERJUWANG, untuk Mukriz menwruskan karrier politiknya jiks dia tiadak ade lgi. Jadi mukriz patut berdyukur ade daddykasi yg berkorban mase hayatnye utk kelangsongan politiknya. Moge mukriz dpt memenuhi impian daddynye. Tpi Mukriz nie lembut dan tidak sesuai dlm dunia politik cantas menchantas skg yg mane daddynya adelah taiko dlm bidang ini.

  7. Kononnya masa hang jadi PM anak hang tak boleh berniaga dlm negara…
    Hang jgn dok bohong la Madey oii… KLCC tu sapa yg terlibat jika bkn anak hang..?
    Tk sudah² nk kencing rakyat la hang ni…
    Mmg anak hang pun manusia jgk, tapi dia tk layak pun jadi ketua pentadbiran negeri ataupun negara…
    Jadi MB Kedah dua kali, dua² berserabut..
    Elok suruh anak hang dok diam² dah la… Bkn dia reti apa satu pun..

  8. Sebagai seorang Melayu, saya berpendapat, kita perlu hormat generasi lama, termasuk mantan perdana menteri, kita sendiri pun ada ayah, ibu, tok, nenek, kenapa kita mesti bercakap dan Biadap terhadap mareka.

    Zaman, ini adalah zaman kita, ingat 1 hari nanti kalau umur kita panjang, sudah tentu kita juga akan dipanggil atok oleh generasi y. Mahu kah kita dicerca oleh mereka?

    Setahu saya, orang Melayu penuh dengan adat yang menghormati orang yang lebih tua. Tak tahu pulak dengan Jenerasi apa yang ada pada waktu ini.

  9. Boleh je TUN stay ikut Umno penyangak tu.. Dah sah2 Mukhriz one more step jd PM tp TUN bukn yg sukakn rasuah…hmpa lupa ka Najib tu sapa bapak dia sblom ni… Bodoh bila ckp njib boleh orng lain x boleh.. Bagero

  10. mdey out pejuang pun out. ingat boboi ada penyokong ke? berpijak dibumi nyatalah sikit wahai sahabatku

  11. CEPAT2 LA MATI SAKA TUA..BAPAK PEROSAK NEGARA,PEROSAK AGAMA N BANGSA.LAKI BINI ANAK BERANAK CUCU SEMUA SETAN..

  12. Atok kau tu dah nyanyok sebelum ni kata anak atok tak digalakkan berpolitik tapi masa tu Boboi sudah menjadi menteri besar Kedah.
    Atok nyanyok sudah peringkat kuat dah, dalam masa 1 bulan lepas atok kata melayu berpecah kerana banyak parti, melayu sebenar tak perlu banyak parti, tak lama dalam masa 3 minggu atok tubuh parti baru pejaung.
    Atok seperti ular kuat belit, setiap kali berkata apa yang tak betul tapi akan buat.
    Agak lah atok betul ke tidak yang kata tak curi duit tak makan rasuh tak tipu.
    Ingat² atok semua buat kot cakap aja tidak.

  13. Kita hormat Madey, dia hormat kita ker ??? Kasi kita mampos ada laa…lagi cepat dia mampos,lagi bagus..aman sikit negara ni.
    Wahai rakyat Malaysia, janganlah sekali2 kamu memilih ketua dari keturunan si kutty ni kalau nak selamat. Ingat pepatah melayu..bapak borek, anak rintik..bapak kencing berdiri, anak kencing berlari..dahsyat kannn ???

Comments are closed.