Bekas Menteri, Tan Sri Rafidah Aziz bercakap kepada media selepas hadir ke program 2nd Malaysia Anti-Corruption forum dengan bertemakan "Restoring Trust and Building a Culture of Integrity" di The Everly, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 03 SEPTEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Sistem pemantauan tidak lemah sebaliknya nilai masyarakat di negara ini masih belum kukuh dalam memahami implikasi rasuah.

Rata-rata masih menganggap batasan rasuah sangat sempit sekadar memberi dan menerima wang sahaja, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Masyarakat masih gagal sedar akan rasuah wujud dan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk serta berskala kecil dan besar.

Intisarinya kata beliau, sebarang upah tambahan di luar pekerjaan kita boleh dianggap salah dan diintepritasikan sebagai rasuah.

“Jika cakap pasal kemerosotan keyakinan rakyat di peringkat kebangsaan national degradation memerlukan sesuatu untuk menghentikannya namun ia tidak semudah yang disangkakan.

Circuit breaker adalah penyumbang kepada pelbagai fakor berlakunya rasuah dan educative process dan pemahaman tinggi penting untuk mengurangkan amalan rasuah.

“Semua negara ada sesuatu tahap namun tidak menjadi budaya tetap..keadaan sekarang orang tidak lihat di bawah masyarakat yang menderita akibat rasuah, hanya melihat di atas dan menganggap kalau orang atas menerima (rasuah) kenapa tidak saya,” katanya di Forum Anti Rasuah Malaysia Ke-2 di sini hari ini.

Tambah Rafidah, circuit breaker memerlukan kerjasama kolektif semua pihak iaitu rakyat bersama pihak berkuasa dengan mengamalkan proses mendidik dan mengasuh dengan kadar segera.

Katanya,walaupun tidak boleh menampakkan hasil semalaman dan jangka pendek – inisiatif memerangi rasuah mencapai objektif itu penting.

Malah ujarnya, pemahaman mendalam mengenai tanggungjawab rakyat memerangi amalan rasuah perlu dipupuk dalam diri masing-masing untuk memastikan negara kekal bersih dari rasuah.

Katanya definisi rasuah bukan hanya melibatkan sektor kerajaan tetapi juga sektor swasta yang juga tidak terkecuali dari amalan rasuah.

“Jika bercakap tentang bangunan dan projek yang dimiliki sektor wasta yang mana kontrak membida tender dan di situ berlaku rasuah.

“Di sektor swasta rasuah berlaku lagi besar misalnya jika kerajaan membina sekoah dengan kos RM20 juta, swasta membina projek kompleks besar dengan kos RM200 juta.

“Saya sentuh tentang rasuah di kerajaan dan swasta kerana pemimpin ada disana..kita kena faham kepimpinan bukan hanya membabitkan kerajaan awam, swasta juga bertanggungjawab dan sebab itulah saya tekankan kuil, masjid, surau dan gereja elak menyalahgunakan dana awam dan berasuah..jadilah berintegriti dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Justeru beliau  berkata, proses mendidik nilai moral mengenai rasuah dan sebagainya perlu dimulakan peringkat kecil dari anak- anak di sekolah seperti kelas moral yang diajar pada zaman beliau bersekolah.

Katanya, beliau tidak tahu sama ada amalan pengajaran nilai moral masih diamalkan di sekolah atau sebaliknya kerana menurut cucunya, subjek berkenaan tidak lagi diajar dalam kelas.

“Ia tidak boleh dijadikan sebagai subejk kokurikulum atau subjek peperiksaan ia patut diajar sebagai nilai hidup sehari seminggu selama sejam memadai untuk seorang anak membesar dengan nilai tersebut.

“Inilah bapa emak yang kena ajar dulu yang ajar anak mereka curi barang kawan sebab cikgu tak tangkap..tak salah selagi belum ditangkap, cikgu tak marah kerana ibu bapa tidak menganggap nilai moral penting.Ya tuhan, akar kepada kesemua kejahatan adalah kelekaan proses mendidik anak dengan nilai murni dari rumah sebelum ke sekolah.

“Yang jadi masalah di negara kita kita berslogan ‘tak nak’ untuk semua, jangan..tidak guna asyik berslogan dan asyik serbu SPRM.

“Pikul tanggungjawab bersama cuba anda memahami dan memupuk kata-kata “rasuah memalukan, berdosa dan tiada kemaafan kepada pemberi dan penerima rasuah tolak habis-habisan”, ini cukup menyemai budaya benci rasuah,” tegasnya.

2 Komen

Comments are closed.