MILAN – Sementara superstar Barcelona Lionel Messi sudah mengubah fikiran untuk kekal bersama kelab yang disertai sejak usia 13 tahun itu, bintang sepasukannya Luis Suarez menetapkan masanya bersama Nou Camp telah mencapai penghujung.

Ini kerana penyerang antarabangsa Uruguay itu dikatakan hampir pasti menyertai Juventus dalam tempoh terdekat ini.

Skuad the Old Lady didakwa sudah mencapai perjanjian bersama bekas superstar Liverpool itu selepas perbincangan bersama Edin Dzeko telah dihentikan setelah ggal mencapai kata sepakat.

The Bianconeri dalam proses untuk membatalkan kontrak Gonzalo Higuain selepas bintang antarabangsa Argentina itu dalam perbincangan menyertai kelab MLS, Inter Miami yang diasaskan oleh David Beckham.

Penyerang Roma, Edin Dzeko sepatutnya disenarai pendek untuk menggantikan Higuain Turin,namun Sky Sport Italia melaporkan bahawa perbincangan dengan pemain Bosnia itu dihentikan.

Susulan perkembangan itu, juara bertahan Serie A itu mengalih perhatian sepenuhnya ke arah Suarez.

Suarez yang kini bersama pasukan Uruguay dalam aksi antarabangsa kini tidak terikat sebarang kontrak bersama Barcelona selepas pengurus baharu kelab itu Ronald Koeman mengesahkan Suarez tiada dalam perancangan pembangunannya dan bebas meningalkan kelab secara percuma bila-bila masa.

Juventus juga bersetuju untuk membayar bonus berasaskan aksi pemain itu dengan Barcelona dijangka membantu memudahkan perpindahan pemain itu ke Turin musim ini.

Kontrak bernilai lebih 8.9 juta pound setahun dikatakan telah dipersetujui untuk pemain berusia 33 tahun itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast