Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membidas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa berlaku banyak sogokan wang dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Slim, baru-baru ini.

Bekas menteri UMNO itu berkata, tuduhan itu dibuat apabila calon dokongan Mahathir, Amir Khusyairi kalah di PRK itu.

“Fiksyen politik macam-macam. Dulu ada cerita 40 ribu pengundi Bangladesh dan macam-macam lagi bila kalah,” katanya di Twitter.

Kenyataan tersebut dibuat setelah pengasas Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu mendakwa BN memberi sogokan wang dalam PRK itu.

Dr. Mahathir berkata, meskipun Pejuang sudah menjangkakan mereka akan kalah dalam PRK itu namun beliau menegaskan mereka tidak menjangkakan jumlah undi yang diperolehi agak teruk.

Tambah bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi, Pejuang hanya mampu memperoleh lebih 2,000 undi sedangkan berdasarkan jangkaan awal, Pejuang seharusnya mampu memperoleh lebih 4,000 undi.

“Kita punya kira-kira, kita patut dapat 4,000 undi, kita tak dapat angka itu. Setelah kita kaji dan kita dapati bahawa kegunaan wang sogokan amat berleluasa.

“Ramai orang yang kata ada bayaran yang mereka dapat. Ada yang dibawa dengan bas ke tempat pengundian, mereka dibayar duit atas bas, ada yang dibayar duit atas van.

“Kali pertama mungkin mereka dibayar RM100, setelah tunjuk mereka memilih BN, mereka akan dapat lagi baki RM150,” katabekas Perdana Menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), semalam.

Dalam pada itu, Shabery menggesa agar Dr Mahathir membuat rayuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwaannya itu.

Dengan nada sinis, Shabery berkata, langkah itu akan memmbolehkan calonnya itu diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim.

“Kita tunggulah bantahan dalam tempoh 14 hari ni. Kalau ada bukti, mungkin calon cap pokok masih boleh jadi ADUN,” katanya lagi.

BN berjaya mengekalkan kerusi Dun Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz berjaya memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti 10,945 undi.

Ia sekali gus menewaskan dua lagi dua bebas iaitu Amir Khusyairi dan seorang lagi calon bebas, S. Shantarasekaran.

Mohd Zaidi memperoleh undi sebanyak 13,060 undi sementara Amir Khusyairi memperoleh sebanyak 2,115 undi. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Bila difikirkan pemimpin UMNO ni 90% dari-Nya tak boleh guna termasuk lah Sabri chik ni.Kenalah hormat sikit kpd Tun,sbb banyak jasa nya kpd negara.Awak tu apa jasa nya?

  2. Mahathir ni anakberanak tidak ambil perduli ke? Dibiarkan nyanyuk melalut-lalut kelaut, sebelum turun kempen calon pokok petai dia kata “kalah dalam tangan” masa berucap dia anggarkan antara 100 ke 250 akan setia bagai anjing mengundi calonnya sejam sebelum tamat waktu kempen dia kata akan dapat tambahan 500 lagi sebagai bonus jadi dapat 2k undi tu maknanya dapat jackpot lah.
    Dasar tahi hamba duitan maka setiap gerak nadinya pasti berfikir insan lain juga melakukan.

  3. Jgn gunakan alasan krn jasa tun kpd negara utk membenarkan apa saja yg dikatakannya. Tun jd pm selama 22 tahun, adakah BN menang 13 PRU semuanya krn faktor wang? Klu betul krn faktor tersebut, tun lah mahagurunya

Comments are closed.