Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh diberi peluang menjaga Petronas lagi kerana telah mengakibatkan syarikat petroleum milik negara itu ‘jahanam’.

Beliau yang membuat perbandingan penyata akaun suku kedua 2020 Petronas dengan suku pertama 2018 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 berkata, walaupun rizab wang tunai Petronas jatuh RM8 bilion sahaja daripada RM164.7 bilion kepada RM156.8 bilion, jumlah liabiliti dan hutang Petronas sudah naik RM51.3 bilion daripada RM160.3 bilion kepada RM211.6 bilion.

Jumlah rizab ekuiti terkumpul Petronas juga telah jatuh RM39.2 bilion daripada RM390.6 bilion kepada RM351.4 bilion dalam masa dua tahun sahaja.

Ini pun di sebalik keuntungan Petronas sebanyak RM55.3 bilion pada tahun 2018, RM40.4 bilion pada tahun 2019 dan penjualan 478.43 juta saham-saham milik Petronas dalam Petronas Dagangan, MISC dan Petronas Gas dengan harga RM6 bilion pada akhir tahun 2019 bawah PH.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sepatutnya rizab ekuiti Petronas naik RM94.7 bilion (RM55.3b + RM40.4b) tetapi jatuh RM39.2 bilion pula – perbezaan sebanyak RM133.9 bilion.

”Jika Petronas rugi RM21 bilion akibat Covid masa PN (Perikatan Nasional), maknanya PH telah menjahanamkan RM111.9 bilion masa tiada krisis Covid,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tegas Najib, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, kerajaan Barisan Nasional (BN) cuma mengambil dividen dengan sederhana dan Petronas juga dibenarkan untuk mengembang bisnes.

Ini dapat dibuktikan apabila rizab wang tunai Petronas naik empat kali ganda daripada RM45.5 bilion pada akhir tahun kewangan 2008 kepada RM164.7 bilion.

Rizab ekuiti terkumpul Petronas juga naik lebih 3 kali ganda dari RM114.3 bilion pada tahun 2008 ke RM390.6 bilion pada suku pertama tahun 2018.

”Inilah yang dikatakan Najib rompak negara. Rizab tunai Petronas naik RM120 bilion (4 kali ganda) manakala nilai ekuiti Petronas naik RM276 bilion (lebih 3 kali ganda) dalam tempoh 9 tahun Najib merompak,” tulis Najib.

Secara sinikal, Najib berkata, prestasi Petronas semasa di bawah pentadbiran BN jauh berbeza dengan masa PH.

”Tak kira ada krisis Covid ke tidak, Petronas masih dijarah PH sebanyak RM111.9 bilion. Sebab itu, PH tak boleh diberikan peluang untuk jaga Petronas dan negara lagi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Tak boleh. Mana boleh. Jangan bagi suku sakat dan kroni pegang Petronas. Nantn habis dia sakau duit petronas. Dua orang tu ompenyangak besar.

  2. Berani ke puak PN bagi royalti 20 peratus kpd sabh Sarawak?..1/3 pengeluaran hasil minyk petronas adlh daripda sabh dn Sarawak..95 peratus masuk kantung kerajaan persekutuan utk byr hutang 1mdb dan infrastruktur canggih sdgkn sabh sarawk sekolahnya saja masih ada yg berdinding papan dn engine set utk api dan air graviti..

  3. Aduka bermulut cuka.. cakap harus dengan fakta… Kalau 95% masuk kerajaan Federal, ertinya minyak keluar meleleh ikut bontot lu tanpa perlu cost pengeluaran. Lebih separuh hasil PETRONAS adalah dari luar negeri lah… Kalau sekolah sampai darjah 6 jangan sibuk buat kira-kira

  4. PH mmg tak guna! Tapi kau lgi tak guna Najib razak! Ko palsa petronas taja event2 kau berjuta2 kau tak ingt? Muka tak takbtau malu! Smpi naik rugi petronas taja segala event2 ko tu. Paksa siap bgi surat rasmi! Org kampong mana tau? Tau duit brim bodo tu ja.

  5. Benarlah Lim Guan Eng kata Sarawak akan muflis Dan Malaysia juga akan bankrupt rupanya DAP tarah petronas dalam 22bulan menjadi Menteri Kewangan tapi dituduh BN yang salahguna peruntukan.
    Nasib PN memerintah maka pembongkaran kejahatan menyamun PH yang rakyat tidak tahu, mungkin jadi kenyataan Malaysia benar-benar bankrupt seperti perancangan Lim Guan Eng. Rakyat perlu hukum Lim Guan Eng dan DAP kerana salahlaku kuasanya.

  6. Tak pe..Guan Eng dah janji kalau PH memerintah Sabah akan dapat 40% royalti minyak..haaaaa last2 kena kencing org Sabah…padan muka..pilin lagi Guan Eng dan Pie Bedal..kan dah kena bedal..kah kah

  7. Tora Tora
    Kalu kimak mulut sial mcm kau tak tahu apa itu MA63 baik kau daim kimak!!!..babi lu..apa yg awak tahu soal Perjanjian Malaysia?..malaysia saja kimak mcm kau di malaya sana anggap ‘merdeka 31 ogos 1957!..penipu punya bangsa malaya!!

Comments are closed.