Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak susut lebih daripada AS$1 setong dalam dagangan hari ini, terendah sejak Julai selepas Arab Saudi mengurangkan harga secara signifikan bagi bekalan kepada Asia dalam tempoh lima bulan kerana optimis pemulihan permintaan.

Minyak mentah Brent didagangkan pada AS$41.75 setong, susut AS$0.91 atau 2.1% pada 0000GMT selepas jatuh kepada AS$41.51, paras terendah sejak 30 Julai.

Minyak mentah West Texas Intermediate merosot AS$0.91 atau 2.3%, kepada AS$38.86 setong.

Harga bulan ke hadapan pada mulanya mencecah paras terendah AS$ 38.55 setong, tahap yang tidak dilihat sejak 10 Julai. – MalaysiaGazette