LONDON – Spekulasi bek kiri Manchester United memasuki babak baharu apabila The Red Devils dilaporkan akan mendapatkan khidmat pertahanan kiri FC Porto, Alex Telles.

Sebelum ini terdapat khabar angin kuat yang mengaitkan Sergio Reguillon ke United.

Namun, media Portugal, A Bola mendakwa United lebih berminat untuk mendapatkan selepas lama memantau perkembangan Telles.

United dikatakan kagum dengan prestasi pemain pertahanan Brazil musim lalu.

Ini kerana Telles telah menjaringkan 12 gol dan 10 bantuan untuk Porto musim lalu.

United berpendapat pemain pertahanan kiri berusia 27 tahun itu akan menjadi rekrut yang hebat untuk pasukan mereka musim depan.

Ejen pemain itu dilaporkan telah berangkat ke England dan dilaporkan telah bertemu dengan pihak pengurusan United.

Kontrak Telles di Porto akan tamat pada tahun 2021 dan dia akan dilepaskan dengan harga 40 juta Euro. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast