Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

PUTRAJAYA – Elok Pas dan Bersatu tidak bertanding di Sarawak.

Itu gesaan Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung kenyataan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee yang menggesa parti itu memberi beberapa kerusi kepada Pas sebagai tanda kerjasama rakan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita jangan berlawan sesama sendiri. Contohnya, UMNO dulu tidak pernah berlawan dengan GPS di Sarawak. Oleh kerana kita ada budaya yang sedemikian saya hanya menyebut budaya itu secara realiti.

“Jadi adalah elok Pas dan Bersatu tidak bertanding di Sarawak supaya perhubungan kita bukan di peringkat pusat tapi di peringkat negeri dalam keadaan yang lebih intim dan saksama,” katanya kepada media hari ini.

Kata Wan Junaidi, sebagai satu gabungan dalam menyokong PN, hasrat itu tidak harus diketengahkan kerana tidak mencerminkan budaya sebelum ini.

Katanya, parti seperti UMNO tidak pernah mahu bertapak dan bertanding di negeri itu sebelum ini.

“Kalau kita betul sebagai rakan kongsi dalam satu pergerakan politik patutnya kita menyokong satu sama lain,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Jofri bahawa GPS sewajarnya memberi peluang calon parti berkenaan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Wan Junaidi mengulangi kenyataan sama sebelum ini yang mana berkata, Pas dan Bersatu tidak wajar bertanding pada PRN Sarawak demi menghormati kerjasama peringkat Persekutuan.

Julai lalu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing mendedahkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan hasrat untuk tidak akan bertanding di Sarawak dalam PRN12 yang akan datang. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mangkuk ni tak berani ckp..’parti perkauman melayu bahlil taliban rasist ‘dari semenanjing serupa “UMNO’ dari seberang laut China Selatan penipu pembohong bngsa sial ketuanan melayu’ (M.E.L.A.Y.U..I.S.L.A.M) jgn MASUK porak porandakn agama dan kaum DI SARAWAK DAN SABAH!!.. Dua rakan kongsi setaraf malaya ini bagi mereka ” tak laku pun konsep RUKUN NEGARA” yg hnya ‘tercatat dan dicipta angkara terjadinya 13 mei 1967 di ‘Negara’ Tanah Melayu(semenanjung) dn bukannya di borneo..faham?

Comments are closed.