TERKINI : Mahkamah Tolak Rayuan Musa Aman dan 32 ADUN Sabah

Sejurus selepas keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman terus keluar tanpa mahu bercakap dengan media.

Malah walaupun di asak berkali-kali oleh pemberita berhubung keputusan tersebut, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga enggan melayan soalan-soalan tersebut.