Pembelian terbaharu itu menyaksikan Newcastle kini telah merekrut empat nama yang sinonim dapabila sebelum ini The Magpies telah membawa masuk Jeff Hendrick dari Burnley serta dua bekas pemain Bournemnouth, Callum Wilson dan Ryan Fraser.
Kehadiran keempat-empat pemain ini dilihat mampu menjadi nilai tambah buat Newcastle United yang menamatkan kempen 2019/20 di tempat ke-13 selepas mengumpul 44 mata hasil 11 kemenangan, 11 seri dan 16 kekalahan.
Menurut laman web kelab itu, Jamal dan kelab tersebut telah memeterai kontrak perjanjian selama lima tahun dan pengurus pasukan, Steve Bruce memuji kualiti yang dimiliki pemain skuad kebangsaan Ireland Utara itu.
”Jamal merupakan prospek yang sangat menarik. Saya menyaksikan bakatnya berkembang dalam saingan Championship dua tahun yang lalu dan dia benar-benar berjaya dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.
”Dia hanya berusia 22 tahun dan mempunyai masa depan yang besar di hadapannya dan saya berharap dia akan menjadi pemain pertahanan sisi Newcastle United untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.
Meskipun gagal membantu Norwich City untuk terus kekal dalam kempen EPL, Jamal telah mempamerkan aksi meyakinkan sehingga berjaya menarik minat Liverpool dan Newcastle untuk mendapatkan khidmatnya. – MalaysiaGazette
















