Tan Sri Richard Malanjum

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum akan bertanding di kerusi Moyog di Penampang dengan menggunakan panji Warisan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Sinchew Daily melaporkan, Warisan akan menukar calon di Moyog dengan harapan reputasi Richard akan membantunya memenangi sokongan lebih ramai pengundi bumiputera bukan Islam.

Difahamkan, Richard berharap mahu menggunakan ilmu dan pengalamannya untuk membantu orang Sabah dan rakyat Malaysia, termasuk kaum Kadazandusun dan Murut.

Populasi bumiputera bukan Islam dilaporkan mampu menjadi “kingmaker” dalam pilihan raya di Sabah.

Selain Warisan sendiri, sebuah lagi parti politik dalam Warisan+ iaitu UPKO juga mengintai Richard untuk menyertainya.

Kerusi Moyog kini disandang Jenifer Lasimbang yang juga Pembantu Menteri di Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah.

Kedudukan Jenifer termasuk kemungkinan beliau dipindahkan ke kerusi lain tidak dapat dipastikan pada masa ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tak payah lah jatuhkan diri kami ke level ahli2 politik..apatah lg Warisan yg diterajui oleh suspek rasuah yg kesnya digugurkan oleh Tommy Thomas..Sbg mantan Ketua Hakim, kamu tidak sepatutnya masuk dlm kancah politik supaya kamu terus dihormati dalam bidang kehakiman…

Comments are closed.