Dua sindiket memproses dan mengedar pelbagai jenis dadah seberat 96kg bernilai RM6.68 juta untuk pasaran tempatan Lembah Klang ditumpaskan JSJN Bukit Aman dengan tertangkapnya 17 orang ahli sindiket termasuk dua wanita Vietnam dalam dua operasi membabitkan 15 serbuan di Selangor dan Kuala Lumpur 8 dan 9 September lalu.