Gambar hiasan

BEIJING – China menentang penjualan secara paksa operasi TikTok di Amerika Syarikat (AS), memilih aplikasi video pendek itu ditutup sahaja.

ByteDance, pemilik TikTok telah mengadakan perbincangan untuk menjual perniagaan aplikasi itu di AS kepada bakal pembeli termasuk Microsoft dan Oracle sejak Presiden Donald Trump mengancam untuk melarang perkhidmatan tersebut jika tidak dijual.

Trump telah memberikan tarikh akhir sehingga pertengahan September untuk menyelesaikan perjanjian berkenaan.

China berpendapat penjualan paksa akan membuat kedua-dua – ByteDance dan China kelihatan lemah dalam menghadapi tekanan berterusan dari Washington, kata sumber-sumber dalaman.

ByteDance dalam satu kenyataan kepada Reuters memaklumkan bahawa Kerajaan China tidak pernah menyarankan agar ia menutup TikTok di Amerika Syarikat atau di pasaran lain.

Dua sumber memaklumkan bahawa China bersedia untuk menggunakan beberapa semakan senarai eksport teknologi pada 28 Ogos untuk menunda sebarang kesepakatan yang dicapai oleh ByteDance, jika perlu.

Pejabat Penerangan Majlis Negara China dan Kementerian Luar Negeri dan perdagangannya belum memberi sebarang kenyataan.

Ditanya mengenai Trump dan TikTok, jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Zhao Lijian berkata, AS telahmenyalahgunakan konsep keselamatan negara, dan mendesak negara itu berhenti menindas syarikat asing.

Reuters telah melaporkan bahawa calon pembeli TikTok sedang membincangkan empat cara untuk mengatur pemerolehan dari ByteDance.

Dengan ini, ByteDance masih boleh meneruskan penjualan aset TikTok AS tanpa persetujuan Kementerian Perdagangan China dengan menjualnya tanpa melalui peraturan-peraturan utama.

ByteDance dan pengasasnya Zhang Yiming terperangkap dalam pertikaian antara China dan AS.

Trump bulan lalu mengeluarkan dua arahan eksekutif yang mewajibkan ByteDance menjual aset TikTok AS atau dilarang di negara itu atas alasan keselamatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast