Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, kenyataan Perdana Menteri berhubung pelantikan Ketua Badan Pimpinan Parti Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor dilantik sebagai calon Ketua Menteri Sabah telah disalahtafsir.

Menurutnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pun menetapkan bahawa Hajiji akan menjadi Ketua Menteri Sabah bagi pihak Gabungan Rakyat Sabah yang membabitkan Barisan Nasional (BN).

Artikel berkaitan: Hajiji calon ketua menteri Sabah jika PN dan BN bersetuju – Muhyiddin

Jawatan Ketua Menteri tidak dibincangkan dengan BN – Shahril

PRN SABAH : ‘Jawatan Ketua Menteri’ Pembangkang Tidak Sepakat – Shafie Apdal

”Tetapi apabila mula keluar berita tadi, memang kami dari UMNO/BN perlu respons. Husnuzon – moga isu tidak menjadi polemik berpanjangan yang hanya menguntungkan lawan,” katanya. – MalaysiaGazette