Ferguson mendedahkan Pengurus Liverpool Klopp mengejutkan beliau dari tidur selepas menjulang piala EPL Ogos lalu.

LONDON – Jurgen Klopp memohon maaf kepada bekas Pengurus Manchester United, Alex Ferguson kerana mengejutkannya dari tidur pada pukul 3.30 pagi semata-mata mahu berkongsi kejayaan Liverpool menjulang Piala Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 30 tahun.

Ferguson mendedahkan bahawa dia dikejutkan dari tidur demi berkongsi keterujaannya.

“Hebat Jurgen. Saya pernah bicara tentang Leeds United yang beraksi dalam Liga Kejuaraan selama 16 tahun dan juga Liverpool selama 30 tahun tanpa gelaran EPL.

“Pencapaian kamu kali ini sangat besar dan menakjubkan apatah lagi sememangnya layak khususnya semangat berpasukan dan aksi di atas padang.

“Personalisiti kamu (Klopp) menguruskan pasukan selama ini, membanggakan, jangan risau saya maafkan kamu walaupun mengganggu di waktu tidur ini,” kata Ferguson mengenai detik perbualan telefon bersama Klopp.

Klopp menjelaskan apa yang menyebabkan dia menghubungi bekas Pengurus United itu kerana tidak dapat melelapkan mata kerana terlampau teruja menjuarai EPL.

“Sebab itulah saya lantas mencapai telefon bimbit terus mendail Ferguson untuk berkongsi kegembiraan itu,” kata Klopp.

Katanya, dia tidak sangka Ferguson begitu mesra sanggup menjawab panggilanya semasa tidur, itulah perbualan pertama dan juga terakhir.

“Sehingga kini saya tidak berhubung semula. Dia bekas pengurus Man United yang berjaya dan saya tidak fikir dia sanggup bicara tentang kejayaan Liverpool yang merupakan musuh tradisi.

“Dia hormati kejayaan ini, tetapi saya rasa bukan lagi kegemaran dia untuk bincang topik itu,” jelas Klopp. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast