KUALA LUMPUR – DAP menyifatkan kejayaan proses penamaan calon hari ini untuk pilihan raya negeri Sabah, adalah perayaan demokrasi dan prinsip teguh bahawa masa depan Sabah akan ditentukan dan diperintah oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat, seperti yang diperjuangkan Datuk Seri Shafie Apdal.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, walaupun ada percubaan oleh oportunis politik atau “katak” untuk mensabotaj usaha mengembalikan kuasa kepada rakyat, dengan membentuk kerajaan melalui pembelian wakil rakyat dan kemudian pergi ke mahkamah untuk menghalang pilihan raya, rakyat Sabah akan mengundi pada 26 September untuk memutuskan kerajaan pilihan mereka.

Sebilangan besar “katak” ini mungkin kalah dalam pertempuran pertama untuk merampas kerajaan negeri Sabah melalui pintu belakang.

Namun, katanya, kemenangan untuk kuasa rakyat belum muktamad sehingga semua katak dan pihak penaja mereka yang menentang Warisan Plus, benar-benar ditumpaskan pada 26 September.

”Rakyat Sabah mestilah mengundi Warisan Plus yang bersatu, termasuk DAP, UPKO, PKR dan Amanah di bawah kepemimpinan utuh Datuk Seri Shafie Apdal.

”Sebaliknya, pihak sebelah sana sangat berpecah belah sehingga mereka tidak dapat bersetuju siapa yang akan menjadi Ketua Menteri mereka. Mereka juga tidak boleh bersetuju untuk calon bersama dan akan bertembung sesama mereka di sekurang-kurangnya 10 kerusi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambahnya, Sabah memerlukan satu gabungan yang bersatu, kepemimpinan yang bersatu di bawah seorang ketua iaitu Shafie dan DAP menggesa pengundi untuk menyokong Ketua Menteri Sabah itu dan gabungannya dari Warisan Plus, DAP, UPKO, PKR dan Amanah.

”Shafie menawarkan pilihan antara kuasa rakyat dan politik wang. Shafie menawarkan kerajaan yang menjaga hak dan kepentingan rakyat berbanding dengan pihak yang hanya menjaga kepentingan peribadi dan kuasa wang. Pilih Shafie untuk dia pertahankan demokrasi dan menjaga masa depan anak-anak kita,” ujarnya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Tahniah kepada SPRM kerana membongkar dan mendakwa kes2 rasuah LGE!

    Diyakini banyak lagi penyelewengan2 yang disorok2kan bersama2 pasukannya!

    Teruskan usaha membenteras rasuah!

  2. Tak payah nak temberang lah lim guan eng…sy orang sabah lah apa yg shafie apdal buat utk org sabah dgn kuasa sebagai ketua menteri 22 bulan yg lalu…tiada apa pun sama juga lah dgn ko jual temberang sana sini…umum peruntukan berjuta juta utk org sabah..tapi mana rm 300 utk bantuan covid 19?…mana?..5 bulan tk boleh kerja semasa pkp dia bagi rm 100 ringgit saja dlm bentuk barang tp kira punya kira tak sampai pun rm 100…apa punya bebal ketua menteri macam ni…tanya org sarawak brp kerjaan negeri bantu utk org sarawak…mana duit suntikan dana bantuan semasa covid yg dia umum berjuta juta tu sudah bagi saudara mara dia ke?…memang bodoh lah org sabah yang beri undi untuk parti warisan PRN16 ni…

  3. Waridan Plus gabungan kukuh utih ini retorik sahsja tidak bersekutu dengan persekutian PN yang merintsh sekarang tak kuat longgsr rapuh. Kena bersekutu bsrulsh bertambah mitu..Apa yang boleh dapat dibiat dibangunkan warisan plus. Samasama kita tengok orang Sabsh punya pemikiran?

  4. Elok la.. Baik shafie apdel lge semua terbabit rasuah besar besaran.. Kalau rakyat sabah pilih DAP lagi la lingkup rakyat sabah..

  5. Jangan gadaikan maruah dan anak bangsa kepada Dap Komunis Lahanat ni. Klu jumpa elok ludahkan aje muka dia. Berambus lah dari Bumi Malaysia. Tak sedar dek untung. Bagi Betis nak Peha.

Comments are closed.