Reaksi Calon PCS yang merupakan Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman (kanan) dan Calon Barisan Nasional, AG Sairin AG Bakar (kiri) ketika berbual sesuatu pada penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Sabah di Dewan Sri Bongawan, SMK Sri Bongawan, Sabah. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 12 SEPTEMBER 2020

BONGAWAN – Pastinya menarik untuk melihat empat pertembungan antara calon Warisan, Barisan Nasional (BN), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N30 Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Menjelang penamaan yang bermula jam 9 pagi di Sekolah Kebangsaan Sri Bongawan sebentar tadi, calon-calon itu kelihatan teruja dan bersemangat walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan calon-calon membawa penyokong berikutan  pandemik Covid-19.

Antara yang telah mengemukakan kertas pencalonan bertanding termasuklah bekas mantan Menteri Luar, Datuk Seri Panglima Anifah Aman bagi PCS, Dr Daud Yusuf, BN pula diwakili Awang Syairin Awang Bakar manakala LDP pula, Mohd Azree Abdul Ghani.

Lebih mengejutkan juga apabila media di beritahu calon parti Warisan, BN dan LDP itu bukan sahaja penduduk setempat, sebaliknya juga memiliki hubungan kekeluargaan antara satu lain, anak dan bapa saudara.

Ketika ini MalaysiaGazette masih lagi menunggu di luar perkarangan pusat penamaan kerana hanya media rasmi sahaja di benarkan masuk dan proses penamaan di jangka tamat sekitar 10 pagi ini.

berita menyusul…