Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap ketika mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Enubai sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di Kampung Labut, Tenom, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 14 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu terkesan dengan dakwaan Lim Guan Eng kononnya ia bukan model terbaik untuk Sabah.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kritikan Setiausaha Agung DAP itu perlu dijadikan cabaran untuk menguatkan parti dan menyusun strategi demi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September nanti.

“Kita jangan terkesan ambil itu sebagai cabaran kita perkemas, susun strategi susun jentera orang nak cakap, cakaplah. Bina kekuatan sendiri jangan peduli orang,”

“Kadang-kadang we listen to a barking dog but we never reach our destination.

“Saya tidak cakap Guan Eng anjing yang menyalak. Itu perumpaan English yang mengatakan jangan dengar perkara-perkara seperti itu nanti tidak sampai ke destinasi,” katanya yang mesra dengan nama Tok Mat kepada pemberita ketika melawat Markas PDM Enubai di Tenom hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Guan Eng bahawa GRS lemah dan tidak stabil dan gabungan parti BN dan PN bukan model yang baik untuk Sabah.

Tok Mat selain itu sempat berseloroh mengatakan beliau telah menjangka Guan Eng bakal mengeluarkan kenyataan itu kerana Setiausaha Agung DAP berkenaan sentiasa merasakan hanya dirinya yang pandai dan baik.

“Tak mengapa itu cakap Guan Eng. Bagi Guan Eng tidak ada siapa yang betul, dia seorang sahaja yang baik, tak hairanlah dia nak cakap begitu,

“Bagi Guan Eng tidak ada siapa yang baik, tidak ada siapa yang cerdik tidak ada siapa yang pandai dia seorang sahaja,” tambahnya. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Panas juga lah kalau kalah lagi prn Sabah. Sebab dah banyak Kalah. Rakyat cina pun dah tidak suka dengan parti dap.

  2. Tu dah memang sifat mereka jadi tak hairan..kita bukan kenal sehari dua.yag betul2 baik boleh di bilang dgn jari.

Comments are closed.