Foto Facebook Ebit Lew.

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew kini membuka FoodBank di setiap cawangan pasar mini Elewsmart miliknya di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Ebit memberitahu FoodBank tersebut dikhaskan buat individu yang memerlukan barangan keperluan asas tidak kira bangsa dan agama.

“Doakan yer. FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.

“Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat. Di setiap Elewsmart ada FoodBank.

“Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Percuma jer. Tanpa mengira bangsa dan agama.

“Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.

“Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah.

“Pernah sekali masa kerja orang selit RM2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.

“Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya,” tulisnya.

Sehingga kini, Ebit memiliki 10 10 cawangan Elewsmart di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg. Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast