Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak bercampur dalam dagangan hari ini dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat ketika ribut tropika di Teluk Mexico memaksa pelantar-pelantar minyak ditutup.

Tetapi kenaikan harga minyak dipacu oleh kebimbangan lebihan penawaran dan penurunan permintaan untuk bahan bakar.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS naik AS$0.09 atau 0.2% kepada AS$ 37.42 setong pada sekitar 0050 GMT.

Minyak mentah Brent LCOc1 pula turun AS$0.03 kepada AS$ 39.80 setong.

Kedua-dua kontrak berakhir minggu lalu lebih rendah, minggu kedua berturut-turut menurun.

Ribut Tropika Sally yang semakin kuat di Teluk Mexico di sebelah barat Florida pada hari Ahad, bersedia untuk bertukar kepada taufan kategori 2.

Ribut itu akan mengganggu pengeluaran minyak untuk kali kedua dalam waktu kurang dari sebulan setelah Ribut Laura melanda wilayah tersebut.

Kebiasaannya harga minyak naik ketika operasi pengeluaran ditutup tetapi dengan pandemik koronavirus semakin buruk, permintaan tidak menentu sementara bekalan global terus meningkat.

“Musim pemanduan yang kurang memberangsangkan di AS telah menyaksikan pasaran menilai semula pandangannya terhadap permintaan AS.,” kata ANZ Research dalam nota penyelidikannya.

AS adalah pengguna dan pengeluar minyak terbesar di dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast