KUALA LUMPUR – Walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan dalam keadaan penularan Covid-19 namun Perdana Menteri mahu setiap orang menjaga SOP termasuk ketika berkempen.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, elakkan bersalaman dan berkumpul di tempat sesak.
“Dalam keadaan biasa, semasa musim pilihanraya ini ramai yang akan berkumpul dan bersalaman. Nasihat saya elakkanlah sebarang perkumpulan di tempat yang sesak dan sempit. Elakkan juga bersalaman dengan pengundi.
“Saya fikir para pengundi pun faham kalau mereka yang
turun berkempen tidak menghulurkan tangan untuk bersalaman,” katanya dalam siaran langsung situasi Covid-19 malam ini.
“Apa yang penting kita saling melindungi antara satu sama lain supaya tidak terkena jangkitan Covid-19. Kita jaga kita bah,” kata Muhyiddin.- MalaysiaGazette