TERKINI : Guna Platform Media Sosial Promosi Kempen Tabung Pahlawan – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap penggiat seni tanah air dapat membantu mempromosikan Kempen Tabung Pahlawan 2020 di media sosial untuk membantu kementerian mencapai sasaran RM10 juta.

Beliau berkata, golongan tersebut dilihat mempunyai pengaruh kuat kerana memiliki peminat dan pengikut ramai dalam membantu kempen itu hingga akhir tahun ini.

“Tahun lalu kita sasar RM8 juta. Tahun ini kita menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM10 juta namun terdapat kekangan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan kerana banyak aktiviti seperti program larian dan badminton amal.

“Jadi kita menumpukan promosi kempen menerusi media sosial,” katanya.