Ismail Sabri Yaakob government corruption MACC
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR- Seramai 120 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan dua tekong telah ditahan dalam Operasi Benteng semalam.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga bot dan empat kenderaan turut dirampas dalam operasi berkenaan.

“Polis menahan sembilan PATI yang memasuki Malaysia melalui Pengkalan Kubor, Kelantan manakala Angkatan Tentera Malaysia menahan lima PATI kerana tidak memiliki dokumen yang sah di Teluk Penawar, Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ismail Sabri, sebanyak 79 sekatan jalan raya telah diadakan dalam Ops Benteng, semalam.

Dalam pada itu, seramai 68 individu telah ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Daripada jumlah tersebut, 66 individu dikenakan kompaun manakala dua lagi direman.

Antara kesalahan yang dilakukkan adalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (21), gagal menyediakan catitan peribadi (18), tidak memakai pelitup muka (18) dan gagal mematuhi penjarakan fizikal (6), gagal membayar bil kuarantin (3) dan PATI (2).- MalaysiaGazette