PEGAWAI Khas ADUN Ditahan, Muhyiddin Lancar Manifesto GRS | Edisi MG 16 September

Seorang pegawai khas kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung kononnya dia disamun RM60,000 pada 12 Sept lalu.

Dalam pada itu, Polis turut menahan adik lelakinya berumur 20 tahun malam tadi, selepas siasatan polis mendapati terdapat maklumat yang mengelirukan serta bercanggah dalam keterangan mereka.