Taufan Sally membadai Gulf Coast, Alabama- Foto Agensi

PENSACOLA, Fla. (Reuters) – Taufan Sally yang telah menumbangkan banyak pokok, menyebabkan jalan banjir dan bekalan elektrik terputus kepada ratusan ribu rumah dan perniagaan dekat sini disifatkan oleh Pusat Taufan Kebangsaan AS sebagai banjir paling buruk dalam sejarah.

Sally yang mula membadai pada Rabu berhampiran Pesisir Teluk, Alabama dikategorikan sebagai ribut Kategori 2 dan kemudiannya diturunkan  kepada ribut tropika apabila kelajuan angin maksimum turun kepada 113 kilometer sejam.

Ribut tersebut dipercayai telah mengorbankan satu nyawa di Alabama.

“Kami menemui satu mayat yang berada dalam keadaan basah dan kami percaya ianya mempunyai kaitan dengan taufan berkenaan.

“Bagaimanapun setakat ini, kami masih belum mempunyai bukti yang sahih,” kata seorang pegawai polis di Orange Beach, Alabama, Leftenan Trent Johnson.- MalaysiaGazette