Pekerja-pekerja pelantar minyak kembali bekerja selepas Teluk Mexico ditutup ekoran Taufan Sally. Gambar hiasan.

TOKYO – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini selepas kenaikan selama tiga hari, ketika pengeluar sedang bersiap untuk kembali beroperasi di

Minyak mentah Brent LCOc1 turun AS$0.06 kepada AS$43.24 setong pada 0112 GMT.

Sementara niaga hadapan minyak Amerika Syarikat (AS), CLc1 turun AS$0.06 kepada AS$ 40.91 setong.

Kedua-dua kontrak ini telah meningkat dengan kukuh pada minggu ini ketika Taufan Sally menyebabkan pengeluaran minyak di AS terpaksa dikurangkan dan berada pada landasan untuk kenaikan mingguan sekitar 9%, yang pertama dalam tempoh tiga minggu.

Penggerudi dan pengeksport luar pesisir AS memulakan kerja-kerja pembersihan pada hari Khamis setelah Taufan Sally semakin lemah.

Pelantar-pelantar minyak di Teluk Mexico mula beroperasi semula setelah ditutup selama lima hari. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.