Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terus dibantu kerajaan untuk memastikan kelangsungan perniagaan dalam menguruskan aliran tunai.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bank of Japan, yang mewakili Menteri Kewangan Jepun dan Bank Negara Malaysia hari ini menandatangani Pengaturan Swap Dua Hala kedua (BSA).

BSA ini membolehkan kedua-kedua pihak berkuasa ini menjalankan urus niaga swap mata wang tempatan masing-masing (iaitu yen Jepun dan ringgit Malaysia) untuk dolar AS. Pengaturan ini menyediakan sehingga AS$3 bilion untuk kedua-dua negara, kata Bank Negara Malaysia dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, BSA ini mencerminkan kerjasama kewangan dua hala yang berterusan antara Jepun dengan Malaysia yang akan menyumbang ke arah kestabilan pasaran kewangan.

Kerjasama ini akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan yang sedang berkembang antara kedua-dua negara, ujar Bank Pusat. – MalaysiaGazette