Diogo Jota

LONDON – Liverpool mencapai menandatangani kontrak dengan penyerang, Wolverhampton Wanderers, Diogo Jota.

Liverpool dilaporkan bersetuju untuk membayar yuran kira-kira £45 juta untuk membawa masuk pemain itu ke Anfield pada minggu ini.

Pemain Portugal berusia 23 tahun itu dibawa masuk selepas Jurgen Klopp mengikat kontrak dengan Thiago Alcantara, 29, dari Bayern Munich.

Sementara itu, Wolves dijangka menandatangani kontrak dengan pemain muda Liverpool berusia 18 tahun, Ki Jana Hoever dengan nilai £9 juta dengan klausa pelepasan sebanyak £4.5 juta. -MalaysiaGazette