Logo Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

KUALA LUMPUR  – Bermula 17 Ogos sehingga 31 Disember 2020, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi permohonan pembatalan nama syarikat di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016.

Di bawah inisiatif ini, syarikat dan pengarah syarikat yang telah memohon atau diambil tindakan pembatalan syarikat menurut peruntukan di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016 layak mendapat pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus.

Kadar pengurangan kompaun 90 peratus ini terpakai kepada semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Syarikat 2016 (AS 2016), menurut SSM dalam kenyataan di sini.

Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui permohonan emel ke [email protected] atau dengan menghubungi talian 03-2299 5334.

Semakan kompaun juga boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan https://www.ssm.com.my/Pages/Quick_Link/e-Compound.aspx atau di portal ezBiz Online di pautan https://ezbiz.ssm.com.my serta di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia. – MalaysiaGazette